Friday, July 31, 2015

PENCEMARAN AIR


PENCEMARAN AIR


          Di Malaysia, permukaan air meliputi 97% daripada bekalan air. Manakala baki 3% adalah air bawah tanah . Sungai menyumbangkan lebih daripada 90% bekalan air mentah . Air bawah tanah di terokai sejak 70 tahun yang lalu. Pembangunan tanpa kawalan menyebabkan sumber air di Malaysia telah tercemar. Pencemaran air berlaku apabila sifat air berubah dan memberi kesan negatif kepada manusia dana lam sekitar. Punca utama kepada berlakunya pencemaran air ialah :

a)     Pembuangan sampah yang tidak teratur.
b)    Najis.
c)     Sisa perkilangan.
d)    Bahan kimia.
e)      Tumpahan minyak.

Pencemaran air akan memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum,memasak,membasuh dan sebagainya. Penyakit bawaan air yang tercemar adalah seperti hepatitis, cirit-birit,cacing dan sebagainya.

·        Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memantau kualiti air sungai semenjak 1978 bagi mengesan perubahan dalam kualiti air sungai serta mengenal pasti sumber-sumber pencemaran.
·        Indeks Kualiti Air (IKA) digunakan untuk menentukan status kualiti air sungai yang diklafikasikan kepada 3 kategori,iaitu Bersih (B), sederhana tercemar (ST), dan tercemar (T).

Parameter
Bersih
Sederhana tercemar
Tercemar
IKA
81-100
60-80
0-59
Keperluan Oksigen biokimia
91-100
80-90
0-79
Ammoniakal
92-100
71-90
0-70
Pepejal Terampai
76-100
70-75
0-69
                               
 Jadual 7.5 klasifikasi kualiti air berdasarkan indeks kualiti air.

·     
                  Hakisan tanah dan mendapan adalah punca kepada kehadiran pepajal terampai (SS) di dalam lembangan sungai. Di Malaysia, pembangunan kawasan tanah dan pembukaan tanah untuk pembalakan dan perlombongan mengakibatkan peningkatan SS dan perubahan kepada kualiti air .

·        Logam berat dan molekul yang tinggi seperti kuprum,zink dan sebagainya merupakan penyumbang utama pencemar logam berat di lembangan sungai di Malaysia. Pencemaran logam berat biasanya terjadi apabila pembuangan sisa tidak dirawat dengan sempurna . Kepekatan logam berat yang tinggi akan memberi kesan yang membahayakan kepada manusia dana alam sekitar. Lebih  90% bekalan air di Malaysia berpunca daripada sungai.

Gambar 7.1  Pencemaran sungai.





Pencemaran Air.




HURAIAN
      

Video ini menceritakan tentang masalah pencemaran air di negara kita.Pencemaran air berlaku akibat pembuangan sampah sarap serta bahan-bahan pembuangan dari kilang .Hal ini, berlaku kerana tiada kesedaran sivik dalam diri masyarkat.




No comments:

Post a Comment