Friday, July 31, 2015

7.2 PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR



7.2 PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

          Seluruh dunia kini telah memasuki era moden dan pembangunan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Juseru itu,pembangunan adalah satu kemestian. Rentetan daripada penumpuan kepada sector pembangunan,maka alam sekitar terpaksa dikorbankan. Demi pembanguan alam sekitar tetap menjadi mangsa kerakusan manusia. Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan impian semua negara dunia pada hari ini. Walau bagaimanapun, sehingga kini, pembangunan telah menjadi keutamaan sehingga alam sekitar menjadi mangsa.

          Alam sekitar merupakan tempat tinggal hidupan bagi manusia dan haiwan. Manusia dan haiwan memainkan peranan penting dalam menentukan keseimbangan alam sekitar. Dalam sejarah manusia, pada peringkat awal alam ini masih lagi dalam keadaan seimbang dan keadaan semula jadinya masih lagi terpelihara. Walau bagaimanapun, seiring dengan perkembangan zaman di mana berkembangnya teknologi, perkembangan sektor perindustrian dan pembangunan yang dirancang dan tidak dirancang telah memberikan kesan kepada alam sekitar. Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan impian semua negara dunia pada hari ini.


          Kesan kepada alam sekitar akibat perbuatan manusia begitu besar dan kini kita telah dapat merasai perubahan tersebut. Hal ini dapat dilihat dengan berlakunya bencana alam yang begitu berleluasa seperti tsunami , banjir besar , gempa bumi , tanah runtuh dan sebagainya .



No comments:

Post a Comment