DEFINISI
Pencemaran udara bermaksud satu
keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara
sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai
di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan
haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan
dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran
udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam
atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh
menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana
kehidupan.
JENIS BAHAN PENCEMAR
Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan
plumbum dan logam-logam lain.
JENIS PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara primer
Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon
monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap.Proses ini
menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara dan member
kesan negative kepada kesihatan manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan
melalui ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu tindakbalas sulfur dioksida yang
bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda
hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur
monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur
dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid
sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan
menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).
PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh berpunca daripada
pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan pencemaran oleh kilang
asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran
terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan
pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan
sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui
aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah masyarakat
yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau
kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut.Pencemaran
tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung
berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara
berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi
kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk
perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti
pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat
tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.
KESAN PENCEMARAN UDARA
KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan
manusia adalah sistem pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni
system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia
sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi
paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan
pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan
inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain
juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan
Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun
disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih
tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan
raya.
HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan
tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi
disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan
haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran
udara.
BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah
kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada
pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini
disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan
logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur
dioksida didalam udara.
PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat
penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya
matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit
kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan
berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga
menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya
Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid
nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke
tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus
menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia
akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis
pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan meresap
ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan
tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.
KESAN RUMAH HIJAU DAN
PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat
ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan
global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang
dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan
gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang
terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi
meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan
menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn
berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku
ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat
member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia
terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu akan
menyebabkan kemalangan mudah berlaku.
|
Gambar 7.4 Pencemaran Udara |
|
Gambar 7.3 Jerebu
Pencemaran Udara.
HURAIAN
Vedio ini memaparkan tentang pencemaran udara di
Malaysia.Sebagai contoh,negara kita dilanda jerebu yang kritikal pada tahun 3
mac 2014 yang lalu.Jerebu ini berpunca daripada pembakaran terbuka di samping
musim kemarau yang melanda negara kita.
|