Friday, July 31, 2015

PENGENALAN AHLI KUMPULAN DAN KUMPULAN


NAMA KUMPULAN

JUNIOR PTSB


PENGENALAN AHLI KUMPULAN


MUHAMMAD AZRI SYAZANI BIN NORIZAN
16DEE15F1020


MOHAMMAD HAFIZ BIN MOHD ROZI
16DEE15F1005
MUHAMMAD HUZAIFAH BIN MD RUZI
16DEE15F1040
AHMAD TERMIZIE BIN MD NAJID
16DEE15F1025







MUHAMMAD NAQIB HAZIM BIN HASHIM
16DEE15F1016
ABU SOFIAN BIN YASIN
16DEE15F1034






7.2 PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR



7.2 PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

          Seluruh dunia kini telah memasuki era moden dan pembangunan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Juseru itu,pembangunan adalah satu kemestian. Rentetan daripada penumpuan kepada sector pembangunan,maka alam sekitar terpaksa dikorbankan. Demi pembanguan alam sekitar tetap menjadi mangsa kerakusan manusia. Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan impian semua negara dunia pada hari ini. Walau bagaimanapun, sehingga kini, pembangunan telah menjadi keutamaan sehingga alam sekitar menjadi mangsa.

          Alam sekitar merupakan tempat tinggal hidupan bagi manusia dan haiwan. Manusia dan haiwan memainkan peranan penting dalam menentukan keseimbangan alam sekitar. Dalam sejarah manusia, pada peringkat awal alam ini masih lagi dalam keadaan seimbang dan keadaan semula jadinya masih lagi terpelihara. Walau bagaimanapun, seiring dengan perkembangan zaman di mana berkembangnya teknologi, perkembangan sektor perindustrian dan pembangunan yang dirancang dan tidak dirancang telah memberikan kesan kepada alam sekitar. Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan impian semua negara dunia pada hari ini.


          Kesan kepada alam sekitar akibat perbuatan manusia begitu besar dan kini kita telah dapat merasai perubahan tersebut. Hal ini dapat dilihat dengan berlakunya bencana alam yang begitu berleluasa seperti tsunami , banjir besar , gempa bumi , tanah runtuh dan sebagainya .



7.2.1 JENIS-JENIS PENCEMARAN



7.2.1 JENIS-JENIS PENCEMARAN



          Fenomena pencemaran ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malahan di seluruh dunia akibat kurangnya kesedaran terhadap pengurusan alam sekitar yang sistematik.Terdapat empat jenis pencemaran yang utama di Malaysia pada masa ini, iaitu pencemaran bunyi,udara,air dan darat/tanah.



Rajah 7.1  Jenis-jenis pencemaran

PENCEMARAN AIR


PENCEMARAN AIR


          Di Malaysia, permukaan air meliputi 97% daripada bekalan air. Manakala baki 3% adalah air bawah tanah . Sungai menyumbangkan lebih daripada 90% bekalan air mentah . Air bawah tanah di terokai sejak 70 tahun yang lalu. Pembangunan tanpa kawalan menyebabkan sumber air di Malaysia telah tercemar. Pencemaran air berlaku apabila sifat air berubah dan memberi kesan negatif kepada manusia dana lam sekitar. Punca utama kepada berlakunya pencemaran air ialah :

a)     Pembuangan sampah yang tidak teratur.
b)    Najis.
c)     Sisa perkilangan.
d)    Bahan kimia.
e)      Tumpahan minyak.

Pencemaran air akan memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum,memasak,membasuh dan sebagainya. Penyakit bawaan air yang tercemar adalah seperti hepatitis, cirit-birit,cacing dan sebagainya.

·        Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memantau kualiti air sungai semenjak 1978 bagi mengesan perubahan dalam kualiti air sungai serta mengenal pasti sumber-sumber pencemaran.
·        Indeks Kualiti Air (IKA) digunakan untuk menentukan status kualiti air sungai yang diklafikasikan kepada 3 kategori,iaitu Bersih (B), sederhana tercemar (ST), dan tercemar (T).

Parameter
Bersih
Sederhana tercemar
Tercemar
IKA
81-100
60-80
0-59
Keperluan Oksigen biokimia
91-100
80-90
0-79
Ammoniakal
92-100
71-90
0-70
Pepejal Terampai
76-100
70-75
0-69
                               
 Jadual 7.5 klasifikasi kualiti air berdasarkan indeks kualiti air.

·     
                  Hakisan tanah dan mendapan adalah punca kepada kehadiran pepajal terampai (SS) di dalam lembangan sungai. Di Malaysia, pembangunan kawasan tanah dan pembukaan tanah untuk pembalakan dan perlombongan mengakibatkan peningkatan SS dan perubahan kepada kualiti air .

·        Logam berat dan molekul yang tinggi seperti kuprum,zink dan sebagainya merupakan penyumbang utama pencemar logam berat di lembangan sungai di Malaysia. Pencemaran logam berat biasanya terjadi apabila pembuangan sisa tidak dirawat dengan sempurna . Kepekatan logam berat yang tinggi akan memberi kesan yang membahayakan kepada manusia dana alam sekitar. Lebih  90% bekalan air di Malaysia berpunca daripada sungai.

Gambar 7.1  Pencemaran sungai.





Pencemaran Air.




HURAIAN
      

Video ini menceritakan tentang masalah pencemaran air di negara kita.Pencemaran air berlaku akibat pembuangan sampah sarap serta bahan-bahan pembuangan dari kilang .Hal ini, berlaku kerana tiada kesedaran sivik dalam diri masyarkat.




PENCEMARAN BUNYI


Pencemaran bunyi




Pembangunan masa ini telah memberi kesan kepada pencemaran bunyi.  Pencemaran bunyi boleh disebabkan oleh  pertambahan kenderaan bermotor dan juga sektor pembinaan. Pencemaran bunyi biasanya banyak berlaku di kawasan Bandar.



Gambar 7.2  Kerja-kerja pembinaan bangunan




Pencemaran Bunyi.




HURAIAN


      Pada era globalisasi ini,negara kita diketagorikan sebagai negara membangun.Hal ini menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi terutamanya di kawasan pembinaan .Justeru,pihak berkuasa haruslah memainkan peranan yang penting dengan mengehadkan pembinaan bangunan di Malaysia.

PENCEMARAN UDARA







DEFINISI

         Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.

       Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.

JENIS BAHAN PENCEMAR
         
         Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logam-logam lain.

JENIS PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara primer

      Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara dan member kesan negative kepada kesihatan manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.

Pencemaran udara sekunder

       Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).


PUNCA PENCEMARAN UDARA

          Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.


KESAN PENCEMARAN UDARA

KESIHATAN MANUSIA

          Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah sistem pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.



HAIWAN

         Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.

BAHAN

           Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.

PENYUSUTAN LAPISAN OZON

       Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

HUJAN ASID

       Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
         
         Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku

ATMOSFERA

         Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku.


Gambar 7.4   Pencemaran Udara






  Gambar 7.3  Jerebu







Pencemaran Udara.




HURAIAN

Vedio ini memaparkan tentang pencemaran udara di Malaysia.Sebagai contoh,negara kita dilanda jerebu yang kritikal pada tahun 3 mac 2014 yang lalu.Jerebu ini berpunca daripada pembakaran terbuka di samping musim kemarau yang melanda negara kita.







                 

PENCEMARAN DARAT / TANAH





PENCEMARAN DARAT/TANAH


              

          Pencemaran tanah berpunca daripada perbuatan atau pembuangan sesuatu bahan di sesebuah kawasan sehingga berlaku pertukaran warna,hakisan dan kesuburan tanah.Bahan pembuangan tersebut terbahagi kepada dua,iaitu cecair dan pepejal .Bahan buangan berbentuk cecair ialah kimia,seperti sisa toksik dan racun .Pembuangan sampah sarap (pepejal) yang tidak di kawal juga adalah punca berlaku pencemaran tanah.

Gambar 7.5  Sistem Pembuangan Sampah Yang Menyebabkan
Pencemaran Tanah dan Bau .





Pencemaran Tanah.